1983-1989

1983
• Kumpulan menapakkan syarikat kredit dan pemajakan, Arab- Malaysian Credit Berhad.

1984
• Kumpulan melancarkan syarikat modal usaha niaga pertama di Malaysia untuk menjalankan pelaburan ekuiti swasta – Malaysian Ventures Berhad.
• Kumpulan mengatur kemudahan pemajakan pengumpilan pertama di Malaysia untuk Sistem Televisyen
Malaysia Berhad – TV3.
• AMMB melengkapkan kajian Kerajaan bagi penswastaan Jabatan Telekom.
• Pada 1984, Kumpulan memperolehi Arab-Malaysian Insurance Berhad, syarikat insurans am yang dahulunya dikenali sebagai Teguh Insurance Company Sdn Bhd.


1985
• Kumpulan memperolehi Perima Assurance Berhad, sebuah syarikat insurans nyawa. Kedua-dua syarikat insurans nyawa dan am kemudiannya disatukan pada 1987, dan memegang lesen insurans komposit. Nama entititi ditukar ke Arab- Malaysian Eagle Assurance Berhad (sekarang dikenali sebagai AmAssurance Berhad).

1986
• Kumpulan telah memperoleh syarikat pembrokeransaham Kris Securities Sdn Bhd, yang kemudiannya dikenali sebagai AmSecurities Sdn Bhd.
• Kumpulan berpindah ke ibu pejabat korporatnya di Jalan Raja Chulan.
• Pada Disember 1986, Antah Holdings Berhad dan Tokai Bank Limited, Jepun masing-masing memperoleh
20.0% pegangan saham dalam Kumpulan.
• Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad dilancarkan,untuk menguruskan dana amanah saham.

1987
• Pada 22 Januari 1987, AMMB melancarkan amanah saham yang pertama melabur 90.0% dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, dipanggil Arab-Malaysian Gilts, untuk menyediakan pendapatan dikecualikan cukai kepada pelabur individu di atas dana jangka pendek mereka.
• Pada Julai 1987, AMMB melancar program AMIGOS (Arab-Malaysian Individuals’ Government Securities) untuk membolehkan pelabur runcit melabur dalam sekuriti kerajaan.
• AMMB menaja penubuhan Malaysia Fund Inc., sebuah syarikat dana pelaburan tertutup yang disenaraikan di Bursa Saham New York, untuk melabur dalam ekuiti syarikat-syarikat Malaysia yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Malaysia Fund berjaya mengumpul dana sebanyak
US$87.0 juta.

1988
• AMMB menjadi bank saudagar pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
• AMMB dilantik sebagai Penasihat kepada Kerajaan dalam merangka Pelan Induk Penswastaan Nasional.
• AMMB melancarkan dana amanah saham ekuiti yang pertama, digelar Arab-Malaysian First Fund.

1989
• Pada 21 April 1989, Bank bersama-sama dengan Nikko Securities Co. Ltd Tokyo dan International Finance Corporation, Washington melancarkan dana amanah saham dalam mata wang Dolar Amerika, The Malaysia Growth Fund, yang ditujukan kepada pelabur Jepun.
• Pada 28 September 1989, Arab-Malaysian Property Trust menjadi amanah harta tanah pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

No comments:

Post a Comment