2002-2007

2002
• Penggabungan Arab-Malaysian Finance Berhad dan MBf Finance Berhad, berikutan peletakkan hak aset dan liabiliti AMFB ke dalam MBf Finance Berhad. MBf Finance Berhad menukar namanya kepada AmFinance Berhad. AMFB telah ditukar kepada syarikat pemegangan.
• Penjenamaan semula dan penukaran nama “Arab- Malaysian Banking Group” kepada “AmBank Group” dengan warna korporat Kumpulan yang baru iaitu merah membara yang melambangkan kemakmuran dan kekayaan, dan kuning terang yang melambangkan komitmen dan perpaduan sebagai mencerminkan identiti korporat kami yang baru dan bermulanya perubahan ke arah sebuah organisasi yang lebih tertumpu pada pelanggan.

2003
• Bangunan AmFinance, sekarang dikenali sebagai Menara AmBank, dilancarkan secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.


2005
• Penswastaan AMFB Holdings Berhad diselesaikan.
• AmInvestment Group Berhad (AIGB), operasi perbankan pelaburan Kumpulan, disenaraikan di Bursa Malaysia pada 18 Mei 2005.
• Pada 1 Jun 2005, penyatuan AmBank dan AmFinance dilaksanakan untuk membentuk AmBank (M) Berhad, bank domestik keenam terbesar di negara.

2006
• Pada Januari 2006, AmPrivate Equity, dana ekuiti persendirian, telah dilancarkan.
• Pada 10 Mac 2006, Insurance Australia Group Limited, Australia, memperoleh 30.0% pemegangan saham dalam AmAssurance Berhad.
• Pada 20 April 2006, Am ARA REIT Managers Sdn Bhd telah diperbadankan dengan AIGB memegang 70.0% ekuiti dan ARA Asset Management (Malaysia) Limited 30.0%, untuk mengurus AmFIRST REIT dengan tujuan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.
• Pada 1 Jun 2006, AmIslamic Bank memulakan operasi, dengan peletakkan hak aset dan liabiliti Islam AmBank (M) Berhad ke dalam anak syarikat yang berasingan.
• Pada 21 Disember 2006, AmFIRST REIT disenaraikan di Bursa Malaysia.
• AmInvestment Group telah dianugerahkan dengan tujuh anugerah RAM League Awards oleh Rating Agency Malaysia untuk pencapaian cemerlang di dalam pasaran bon domestik.

2007
• Kumpulan AmBank melengkapkan integrasi AmSecurities Sdn Bhd ke dalam AmInvestment Bank pada 3 Mac 2007. AmInvestment Bank mula beroperasi sebagai bank pelaburan serba lengkap dari 5 Mac 2007, menawarkan keduadua perkhidmatan perbankan saudagar dan pembrokeran saham.
• Pada 19 Jun 2007, AMMB Holdings Berhad mencadangkan penswastaan AIGB dan terbitan hak sehingga 326,887,241 saham baru, berdasarkan satu (1) saham baru untuk setiap lapan (8) saham biasa sedia ada dan setiap lapan (8) saham keutamaan tukaran dalam syarikat pada harga terbitan sebanyak RM3.40 sesaham.
• Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani di antara AmInvestment Bank Berhad dan Woori
Investment & Securities Co., Ltd pada 29hb November 2007 untuk mempromosikan kepentingan bersama
kedua-dua pihak melalui kerjasama dalam perniagaan perbankan pelaburan.
• Penubuhan subsidiari di Brunei iaitu AmCapital (B) Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan perbankan pelaburan.

No comments:

Post a Comment