1996-2001

1996
• Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad memenangi ‘Anugerah Keseluruhan untuk Laporan Tahunan Paling Cemerlang’ untuk enam tahun berturut dari 1991 hingga 1996 di dalam pertandingan NACRA.
• Macquarie Bank Limited, Australia telah memperoleh 30% pegangan saham dalam AMMB Futures Sdn. Bhd.
• Memindahkan perniagaan pengurusan dana portfolio AMMB ke dalam anak syarikat berasingan, AMMB Asset Management Sdn Bhd.
• Macquarie Bank Limited, Australia memperoleh 30.0% pegangan saham dalam AMMB Asset Management Sdn Bhd dan Arab-Malaysian Unit Trust Berhad.
• Kaji Selidik Far Eastern Economic Review tahun 1996 bagi 200 Syarikat Terkemuka Asia telah meletakkan AMMB pada kedudukan teratas dalam kategori keseluruhan “Bertindak Balas Dengan Inovatif Kepada Keperluan Pelanggan” dan yang ketiga dari segi “Kepimpinan Keseluruhan”.
• Visa International memberikan Kad Visa AmBank Al- Taslif “Anugerah Kecemerlangan Ahli 1996 untuk
Program Kad Paling Kreatif di Asia”.


1997
• AMMB Securities (HK) Limited memulakan operasi pembrokeran saham di Hong Kong.
• Laman web Kumpulan telah dianugerahkan “Laman Web Internet Terbaik Untuk Tahun 1997’ oleh Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM).

1998
• AMFB memperoleh aset dan liabiliti Abrar Finance Berhad, sejajar dengan rancangan Kerajaan untuk menyatukan industri.
• AMMB menerima ‘Anugerah Nasional Derivatif OTC’ dari Malaysian Monetary Exchange Berhad.

2000
• CFO Asia memilih laporan tahunan AMMB Holdings Berhad TK2000 sebagai satu daripada tiga laporan tahunan terbaik di Malaysia.

2001
• AMFB memperoleh MBf Finance Berhad.
• AmBank dan AMFB, bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, melancarkan Tabung Perumahan Ehsan, skim pinjaman perumahan khas untuk golongan pendapatan rendah dalam negeri.

No comments:

Post a Comment