2008-2011

2008
• Menyempurnakan terbitan hak AMMB Holdings Berhad (AMMB) dan penswastaan AIGB pada 15hb Januari 2008, di mana AIGB secara efektif, menjadi subsidiari milik penuh AMMB.
• Melengkapkan pemindahan Aktiviti Berasaskan Dana daripada AmInvestment Bank kepada AmBank (M)
Berhad dan AmIslamic Bank Berhad pada 12hb April 2008 sebagai sebahagian daripada penstruktutan semula korporat selepas penswastaan AIGB.
• Menubuhkan AmG Insurance Berhad untuk memudahcarakan pemisahan perniagaan insurans komposit AmAssurance Berhad menjadi perniagaan insurans am dan hayat.
• Malaysian Ventures Management Incorporated Sdn Bhd (“MVMI”), subsidiari pengurusan dana ekuiti swasta bagi AMMB, memasuki perjanjian usaha sama dengan Konzen Capital Pte Ltd, anggota Konzen Group, untuk menguruskan satu dana berasaskan air di Asia bernilai Dolar AS 320 juta.
• AmBank dan ANZ memeterai perjanjian perkhidmatan teknikal untuk menubuhkan perniagaan pertukaran asing, kadar faedah dan derivatif komoditi Kumpulan AmBank.
• Pembrokeran Saham Islam (khidmat jendela) dilancarkan dibawah jenama AmIslamic, jenama sejagat bagi produk dan perkhidmatan Islam di semua subsidiari Kumpulan AmBank.
• Pada 9 Disember 2008, Friends Provident plc (dijenamakan semula sebagai Friends Life FPL Limited bermula 1 Julai 2011) memperolehi 30.0% kepentingan dalam AmLife Insurance Berhad (dahulu dikenali sebagai AmAssurance Berhad).
• IAG meningkatkan pegangan kepentingan dalam AmG Insurance Berhad kepada 49.0% daripada 30.0% sebelumnya.

2009
• AmIslamic Funds Management Sdn Bhd mendapat lesen untuk pengurusan dana Islam dari Suruhajaya Sekuriti untuk menjalankan pengurusan instrumen kewangan Islam luar pesisir dan domestik kami untuk pelabur nstitusi dan runcit.
• AmCapital (B) Sdn Bhd dibuka secara rasmi pada 11 Mei 2009, membawa kepakaran dalam pengurusan dan, kewangan Islam dan khidmat nasihat pelaburan ke Brunei Darussalam.
• Y Bhg Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, gabenor Bank Negara Malaysia melancarkan Buku Panduan Bon Korporat Malaysia keluaran Kumpulan AmBank, sumber maklumat mengenai pasaran bon korporat di Malaysia, yang pertama seumpamanya.
• ANZ menukar bon boleh ubahnya menjadi 194,915,254 saham biasa baru, sekaligus menaikkan pegangan
sahamnya kepada 23.91%

2010
• AmBank (M) Berhad Berjaya menerbitkan RM1.42 billion nota jangka panjang pada 25 Mac, dibawah Program Terbitan Nota Jangka Panjang 30 Tahun RM7.0 billion yang baru dibangunkannya, sekaligus menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia yang menerbitkan nota sedemikian.
• Kumpulan AmBank meneruskan pelancaran Program KomunitiRM1 juta AmBank-MyKasih di Kuching dan Kota Bharu, Lembah Kelang (Cheras, Kelang dan Pandan Jaya). Program ini juga diperbaharui di Sentul dan Pulau Pinang, di mana keluarga yang menderita kemiskinan tegar diberikan elaun makan dengan menggunakan MyKad.
• Kumpulan AmBank melancarkan bangunan Kechara Soup Kitchen (“KSK”) selepas menaja pengubahsuaian serta kos perabot dan kelengkapan premis itu dengan sumbangan berjumlah RM35,000.
• AmIslamic Bank berjaya menerbitkan RM550 juta Sukuk Senior di bawah Program Sukuk Musharakah Senior 30-tahun RM3.0 billion.
• Pada 15 Disember, Standard & Poor’s Rating Services (“S&P”) menaikkan penarafan kredit matawang asing jangka panjang untuk AmBank (M) Berhad kepada ‘BBB’ dari ‘BBB-’ dan penarafan jangka pendek kepada ‘A-2’ dari ‘A-3’. S&P turut menaikkan penarafan kredit matawang asing jangka panjang untuk AmInvestment Bank Berhad kepada ‘BBB’ dari ‘BBB-’, dan penarafan jangka pendek kepada ‘A-2’ dari ‘A-3’.
• AmInvestment Bank menerima dua anugerah Pebgurus Ekuiti Terbaik, dari Finance Asia dan Alpha South East Asia.

2011
• Kumpulan terus dikenali sebagai pemimpin industri dengan pelbagai anugerah termasuk:
- Pengeluar Bon Domestik Terbaik Malaysia, dari The Asset Triple A Country Awards 2010, untuk tahun kedua berturut-turut
- Kumpulan Bon Terbaik di The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2011
- Lima anugerah di RAM League Awards 2011 untuk kecemerlangan dalam pasaran bon
- Ketua pegawai Kewangan Terbaik untuk Perhubungan Pelabur – Anugerah Large Cap di MIRA Malaysia Investor Relations Awards yang pertama
- Anugerah Terbaik Asia di Corporate Governance Asia Recognition Awards 2011

No comments:

Post a Comment