Pengiktirafan
Tan Sri Azman
pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli
Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi
Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem
Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan
Produktiviti Nasional dan banyak lagi.
Anugerah
Tan
Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah
Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada
tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia
oleh majalah Asian Finance.
Pada tahun 1993, beliau dinamakan
sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada
tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995
oleh Kelab Alumni Harvard Business School.
No comments:
Post a Comment