1990-1995

1990
• Bank dilantik sebagai Penasihat dan Pengurus Penaja Jamin pengapungan Telekom Malaysia Berhad.
• AMFB memperoleh First Malaysia Finance Berhad.


1991
• Pada Julai 1991, Kumpulan memperoleh pegangan ekuiti 49.0% dalam Fraser International Pte Ltd, syarikat pemegangan Fraser Securities, Singapura.
• Dengan pelancaran Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir, Bank bersama dengan The Nikko Securities Co Ltd di Jepun, menaja penubuhan Malaysia Fund (Labuan), dana amanah saham luar pesisir pertama di Wilayah Persekutuan Labuan.
• Pengkorporatan AMMB Holdings Berhad, untuk menjalankan skim penstrukturan semula korporat. Mengikut skim penstrukturan semula, AMMB Holdings Berhad menjadi syarikat pegangan Arab-Malaysian Banking Group, dan mengambil alih status penyenaraian AMMB.
• Arab-Malaysian Finance Berhad, syarikat kewangan Kumpulan, disenaraikan di Bursa Malaysia.
• Penubuhan AMMB Labuan (L) Ltd untuk menyediakan pengurusan dana luar pesisir.

1992
• AMMB Holdings Berhad memenangi Anugerah Pengurusan Asia untuk Pengurusan Kewangan dari Asian Institute of Management.

1993
• AMMB melancarkan Tabung Ittikal Arab-Malaysian, dana amanah saham Islam yang pertama pada 12 Januari 1993.
• AMMB adalah Pengurus Bersama Terbitan Dragon Bond bernilai Dolar AS300.0 juta oleh General Electric Corporation.
• AMMB bertindak sebagai Pengurus dan Pengatur untuk Kemudahan Kredit Bersindiket bernilai RM240.0 juta untuk pembinaan Menara Kuala Lumpur.

1994
• Pada 1 Ogos 1994, Kumpulan menceburi bidang perbankan komersil dengan perolehan operasi Malaysia Security Pacific Asian Bank Limited dari Bank of America (Asia) Limited. Permulaan operasi perbankan komersil adalah di bawah Arab-Malaysian Bank Berhad.

1995
• Pada 1 April 1995, AmInternational (L) Ltd memulakan operasi perbankan luar pesisir di Labuan, sebagai bank saudagar yang pertama menawarkan perkhidmatan perbankan luar pesisir.
• AMMB Futures Sdn Bhd memulakan perniagaan pembrokeran hadapan.

No comments:

Post a Comment